Ada yang bertanya saya, bagaimana kalau nak hasilkan efek kilat? Ada beberapa cara boleh kita guna. Tapi untuk tutorial ini, kita akan gunakan Filter Clouds.
LANGKAH 1:
Kita mulakan dengan satu fail baru. Untuk tutorial ini saya buka canvas yang bersaiz 400 x 300 pixel.
Setkan juga warna foreground dan background kepada hitam dan putih (shortcut: tekan huruf D).
LANGKAH 2:
Kemudian, kita akan gunakan Filter Clouds - klik pada menu Filter > Render > Clouds.
Selepas itu, klik lagi pada menu Filter > Render > Different Clouds.
LANGKAH 3:
Untuk dapatkan garisan-garisan putih kilat, kita invertkan warna hitam putih clouds tadi - klik pada menu > Image > Adjustments > Invert (shortcut: Ctrl + I).
LANGKAH 4:
Kemudian, buat pelarasan warna hitam putih untuk mendapatkan garisan kilat yang lebih jelas. Klik pada menu Image > Adjustments > Level (shortcut: Ctrl + L).
Tarik slider yang di tengah ke sebelah paling kanan sekali. Klik OK.
HASIL:
Untuk mendapat warna (selain hitam putih), kita boleh menggunakan Color Balance. Klik pada menu Image > Adjustments > Color Balance (shortcut: Ctrl + B).